top of page

DIABETES (KENCING MANIS)

DIABETES (KENCING MANIS)

Apa itu diabetes?

  • Diabetes mellitus atau kencing manis adalah penyakit yang mempengaruhi bagaimana tubuh anda menggunakan gula dalam darah (glukosa).

  • Glukosa adalah sumber tenaga utama untuk otak anda. Ia juga adalah sumber tenaga penting untuk pembentukan otot dan tisu anda.

  • Insulin, iaitu sejenis hormon dalam badan anda berfungsi untuk membantu penggunaan glukosa dalam pembentukan otot dan tisu. Insulin dikeluarkan oleh pankreas (sejenis organ dalam badan).

  • Diabetes jenis 2 adalah penyakit kencing manis yang paling kerap berlaku.

  • Diabetes jenis 2 berlaku apabila terdapat kurang insulin dalam badan anda. Maka, badan tidak dapat memproses dan menggunakan glukosa. Akibatnya, terdapat pengumpulan gula yang tinggi dalam darah.

Apa tanda-tandanya?

Antara tanda-tanda anda mungkin menghidap diabetes jenis 2 adalah:

  • Badan rasa tidak senang

  • Kelaparan yang melampau

  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba

  • Selalu dahaga

  • Senang mendapat infeksi (seperti pada gusi, kulit atau faraj)

  • Kerap kencing

  • Selalu keletihan

  • Penyembuhan apa-apa luka menjadi perlahan

  • Penglihatan menjadi kabur

Image 32.jpg

Kedudukan pankreas dalam

tubuh badan

Image 34.jpg

Selalu keletihan adalah petanda anda mungkin mempunyai diabetes

Apa puncanya?

Antara punca-punca diabetes jenis 2 adalah:

  • Peningkatan umur: Risiko kencing manis anda bertambah seiring dengan peningkatan umur anda.

  • Sejarah peribadi atau keluarga yang mempunyai kencing manis: Jika anda atau sesiapapun yang mempunyai pertalian darah dengan anda pernah menghidap kencing manis, maka risiko anda menghidapnya akan meningkat.​

  • Obesiti: Badan yang gemuk meningkatkan risiko kencing manis.

  • Kurang bersenam: Badan yang kurang aktif mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kencing manis.​

  • Tekanan darah yang tinggi.

  • Tahap kolesterol yang tinggi dalam badan.

Bagaimana mencegah & membendungnya?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah diabetes jenis 2 adalah:

  • Membuat pemeriksaan kandungan gula dalam darah dengan doktor setiap tahun adalah yang paling ideal apabila anda meningkat dewasa. Pemeriksaan perlu dibuat dengan lebih kerap berdasarkan nasihat doktor sekiranya didapati kandungan gula dalam darah tinggi, 

  • Kerap bersenam untuk mengurangkan berat badan dan megekalkan kesihatan tubuh badan.

  • Makan makanan berserat tinggi, rendah lemak dan berkalori rendah:​

    • Sayur-sayuran

    • Buah-buahan

    • Bijirin (terutamanya oat)

    • Daging dan ayam tanpa lemak

    • Produk tenusu rendah lemak​​

Image 33.jpg

Mengesan kandungan gula dalam badan melalui ujian darah

Bagaimana ia dikesan?

Jikalau terdapat tanda-tanda kencing manis yang telah dinyatakan, bincangkan dengan doktor mengenai situasi khusus anda. Dengan nasihat doktor, anda boleh memutuskan sama ada kaedah pemeriksaan tersebut adalah tepat untuk anda.

Kaedah pengesanan diabetes jenis 2 yang sering digunakan adalah:

  • Ujian darah: Sampel darah anda akan diambil dan dianalisis untuk mengesan kandungan gula dalam darah. Doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda berpuasa semalaman sebelum melakukan ujian darah tersebut.​

Bagaimana ia dirawat?

Bincangkan dengan doktor anda jenis rawatan yang terbaik untuk keadaan khusus anda.

Antara kaedah-kaedah rawatan diabetes jenis 2 adalah:

Image 35.jpg

Ubat kencing manis perlu diambil sekiranya anda menghidap diabetes

  • Memantau tahap gula dalam darah anda: Pemantauan yang teliti melalui ujian darah untuk memastikan tahap gula berada dalam julat sasaran. Doktor anda akan mengesyorkan kekerapan ujian tersebut perlu dilakukan berdasarkan keadaan anda.​

  • Ubat-ubatan: Sesetengah ubat kencing manis merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin ataupun menghalang pengeluaran glukosa dari hati anda.

  • Suntikan insulin: Perlu dibuat jikalau kurang berkesan dengan hanya memakan ubat-ubatan untuk menurunkan kandungan gula dalam darah.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  • Buat appointment dengan doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda kencing manis yang membimbangkan.

  • Setiap hospital mempunyai kaedah yang berbeza untuk saringan kencing manis.

  • Bincangkan pemeriksaan kencing manis dengan doktor anda. Bersama-sama pakar perubatan, anda boleh memutuskan apa yang terbaik untuk diri anda.

Malaysia telah dianugerahkan beberapa kali sebagai destinasi terbaik untuk mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti dengan harga terjangkau. Cari hospital di Malaysia yang sesuai dengan keadaan khusus anda di sini: Panduan Hospital

Bagaimana untuk bersiap sedia dengan appointment anda?

Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan seperti berikut:

 

  • Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?

  • Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit pada badan anda?

  • Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?

  • Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit tersebut?

  • Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?

  • Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?

 

Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:

  • Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.

  • Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).

  • Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.

  • Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.

  • Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).

  • Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.

Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:

  • Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?

  • Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?

  • Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?

  • Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?

  • Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?

  • Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?

  • Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?

  • Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?

  • Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?

  • Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?

  • Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?

  • Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?

  • Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)

  • Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?

  • Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?

  • Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?

 

Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.

Updated: March 16, 2019

References:

  1. Papadakis, Maxine A., McPhee, Stephen J., Rabow, Michael W. CURRENT Medical Diagnosis and Treatment. 58th ed. McGraw Hill Professional, 2018.

  2. Beirman, Robin., Engel, Roger. An A-Z of Symptoms and Signs. Palgrave Macmillan Australia, 2009.

  3. Porter, Robert S. The Merck Manual of Patient Symptoms: A Concise, Practical Guide to Etiology, Evaluation and Treatment. Wiley, 2008.

  4. Griffith, Henry W. Complete Guide to Symptoms, Illness & Surgery. 3rd ed. Body Press/Perigree Books, 1995.

  5. Centers for Disease Control and Prevention. 2019. Diabetes. [https://www.cdc.gov/diabetes/home/index.html]. Accessed 13 March 2019.

  6. National Health Service. 2019. Diabetes. [https://www.nhs.uk/conditions/diabetes/]. Accessed 17 March 2019.

1.png

Sedang mencari rawatan berkualiti & biaya terjangkau?

Subscribe dengan kami untuk menjana perkiraan biaya rawatan di Kuala Lumpur

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
bottom of page