
KANSER PAYUDARA
KANSER PAYUDARA
Apa itu kanser payudara?
-
Kanser payudara adalah kanser yang terbentuk pada sel-sel payudara.
-
Kanser payudara boleh berlaku pada kaum lelaki mahupun wanita, tetapi ianya lebih kerap berlaku pada kaum wanita.
-
Kadar penyembuhan kanser payudara telah meningkat sejak kebelakangan ini disebabkan faktor-faktor seperti kemajuan teknologi, pemahaman yang semakin mendalam dan juga penyakit dapat dikesan lebih awal.
Apa tanda-tandanya?
Antara tanda-tanda anda mungkin mempunyai kanser payudara adalah:
-
Perubahan pada kulit di atas payudara (seperti kulit yang tidak sekata)
-
Payudara bertukar saiz, bentuk atau rupa
-
Gumpalan atau penebalan kawasan payudara yang berbeza daripada kawasan sekitarnya
-
Kulit menjadi kemerah-kemerahan pada payudara anda
-
Puting menjadi cekung ke dalam
-
Kawasan pigmen kulit sekitar puting (areola) atau kulit payudara mengelupas dan berkerut

Puting cekung ke dalam dan kawasan sekitarnya berkerut

Gumpalan di sekitar payudara
Apa puncanya?
Pakar-pakar perubatan berpendapat kanser payudara kemungkinan besar disebabkan oleh interaksi rumit genetik dan persekitaran anda seperti:
-
Peningkatan umur: Risiko kanser payudara anda bertambah seiring dengan peningkatan umur anda.
-
Sejarah peribadi atau keluarga yang mempunyai kanser payudara: Jika anda atau sesiapapun yang mempunyai pertalian darah dengan anda pernah menghidap kanser payudara, maka risiko anda menghidap kanser payudara akan meningkat.
-
Alkohol: Meminum minuman yang memabukkan akan meningkatkan risiko kanser payudara.
-
Obesiti: Menjadi gemuk meningkatkan risiko kanser payudara.
-
Pendedahan radiasi. Risiko kanser payudara anda akan meningkat sekiranya anda pernah menerima rawatan radiasi pada dada anda.
-
Tidak pernah hamil: Wanita yang tidak pernah hamil mempunyai risiko kanser payudara yang lebih tinggi berbanding wanita yang pernah hamil.
-
Terapi hormon: Wanita yang mengambil ubat terapi hormon estrogen dan progesteron untuk merawat tanda-tanda menopaus mempunyai risiko kanser payudara.

Bagaimana mencegah & membendungnya?
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah kanser payudara adalah:
-
Membuat pemeriksaan kanser payudara dengan doktor (jikalau anda mempunyai keluarga yang ada pertalian darah dengan anda pernah menghidap kanser payudara) pada:
-
Usia 30 tahun: Kekerapan pemeriksaan selanjutnya akan berdasarkan keputusan pemeriksaan pertama anda.
-
-
Sekiranya tiada ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan anda pernah menghidap kanser payudara;
-
Usia 40 - 44 tahun: Anda mempunyai pilihan untuk memulakan pemeriksaan setiap tahun jika mereka mahu.
-
Usia 45 - 54 tahun: Anda harus membuat pemeriksaan setiap tahun.
-
Usia 55 tahun ke atas: Anda harus teruskan membuat pemeriksaan setiap 1 hingga 2 tahun.
-
-
Kerap bersenam untuk mengurangkan berat badan dan megekalkan kesihatan tubuh badan.
-
Mengehadkan terapi hormon estrogen dan progesteron.
-
Mengehadkan jumlah alkohol yang anda minum tidak lebih dari satu gelas sehari, jika anda memilih untuk meminumnya.
-
Kerap memeriksa sendiri payudara anda untuk tanda-tanda kanser.
Bagaimana ia dikesan?
Jikalau terdapat tanda-tanda kanser payudara yang telah dinyatakan, bincangkan dengan doktor mengenai situasi khusus anda. Dengan nasihat doktor, anda boleh memutuskan sama ada pemeriksaan kanser payudara tersebut adalah tepat untuk anda.
Antara pemeriksaan kanser payudara yang sering digunakan adalah:
-
Mengeluarkan sampel sel payudara dari kawasan yang mencurigakan untuk pemeriksaan menentukan kewujudan sel-sel berkanser.
-
Ultrasound payudara: Menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej struktur dalam payudara bagi mengesan apa-apa keadaan yang tidak normal.
-
Pemeriksaan payudara: Doktor akan memeriksa kedua-dua payudara anda untuk mengesan segala gumpalan atau keadaan lain yang tidak normal.
-
Imbasan resonans magnetik payudara (MRI): Menggunakan gelombang magnet untuk menghasilkan gambaran bahagian dalam payudara anda bagi tujuan pemeriksaan.
-
Mamogram: X-ray untuk mengesan keadaan yang tidak normal di payudara.
Jikalau kanser payudara anda didapati telah merebak ke bahagian lain badan, doktor mungkin akan membuat ujian pengimejan seperti berikut di seluruh atau sebahagian badan anda bagi mengenal pasti lokasi sel-sel kanser:
-
Imbasan tulang (bone scan)
-
Pengimejan resonans magnetik (MRI)
-
Ujian darah
-
Mamogram
-
Pengimbas tomografi pelepasan positron (PET scan)
-
Pemeriksaan tomografi berkomputer (CT scan)

Mengeluarkan sampel sel payudara untuk pemeriksaan lanjut

Pembedahan untuk membuang nodus limfa atau keseluruhan payudara
Antara kaedah-kaedah rawatan kanser payudara adalah:
-
Terapi radiasi: Menggunakan tenaga radiasi berkuasa tinggi (spt. X-ray, proton) untuk membunuh sel-sel kanser.
-
Pembedahan: Untuk membuang sama ada gumpalan sahaja, keseluruhan payudara ataupun nodus limfa (lymph nodes).
-
Menggunakan sejenis ubat untuk menyerang protein tertentu dalam sel-sel kanser bagi menyekatnya daripada berkembang.
-
Kemoterapi: Menggunakan ubat-ubatan untuk membunuh sel-sel yang berkembang pesat termasuk sel-sel kanser.
-
Terapi hormon: Rawatan untuk mengawal paras hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda untuk mematikan sel-sel kanser atau menyekat sel-sel kanser daripada berkembang.
Bagaimana ia dirawat?
Bincangkan dengan doktor anda jenis rawatan yang terbaik untuk keadaan khusus anda.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
-
Buat appointment dengan doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit kanser payudara yang membimbangkan.
-
Setiap hospital mempunyai kaedah yang berbeza untuk saringan kanser payudara.
-
Bincangkan pemeriksaan kanser payudara dengan doktor anda. Bersama-sama pakar perubatan, anda boleh memutuskan apa yang terbaik untuk diri anda.
Malaysia telah dianugerahkan beberapa kali sebagai destinasi terbaik untuk mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti dengan harga terjangkau. Cari hospital di Malaysia yang sesuai dengan keadaan khusus anda di sini: Panduan Hospital
Bagaimana untuk bersiap sedia dengan appointment anda?
Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan seperti berikut:
-
Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?
-
Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit pada badan anda?
-
Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?
-
Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit tersebut?
-
Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?
-
Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?
Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:
-
Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.
-
Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).
-
Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.
-
Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.
-
Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).
-
Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.
Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:
-
Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?
-
Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?
-
Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?
-
Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?
-
Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?
-
Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?
-
Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?
-
Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?
-
Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?
-
Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?
-
Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?
-
Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?
-
Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)
-
Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?
-
Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?
-
Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?
Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.
Updated: January 13, 2019
References:
-
Papadakis, Maxine A., McPhee, Stephen J., Rabow, Michael W. CURRENT Medical Diagnosis and Treatment. 58th ed. McGraw Hill Professional, 2018.
-
Beirman, Robin., Engel, Roger. An A-Z of Symptoms and Signs. Palgrave Macmillan Australia, 2009.
-
Porter, Robert S. The Merck Manual of Patient Symptoms: A Concise, Practical Guide to Etiology, Evaluation and Treatment. Wiley, 2008.
-
Griffith, Henry W. Complete Guide to Symptoms, Illness & Surgery. 3rd ed. Body Press/Perigree Books, 1995.
-
Centers for Disease Control and Prevention. 2019. Breast Cancer. [https://www.cdc.gov/cancer/breast/]. Accessed 07 January 2019.
-
National Cancer Institute. 2019. Breast Cancer. [https://www.cancer.gov/types/breast]. Accessed 09 January 2019.

Sedang mencari rawatan berkualiti & biaya terjangkau?
Subscribe dengan kami untuk menjana perkiraan biaya rawatan di Kuala Lumpur
Share on:
Tel: +60 12 6810227
Email: support@rantaumeditrip.com
19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip