top of page

KATARAK MATA

KATARAK MATA

Apa itu katarak?

  • Katarak adalah pengaburan kanta mata anda.

  • Anda tidak dapat melihat persekitaran anda dengan jelas. Seolah-olah anda melihat melalui tingkap yang berkabus.

  • Kebanyakan katarak terbentuk dengan perlahan dan tidak mengganggu penglihatan anda pada peringkat awal.

  • Setelah beberapa lama mengembang, katarak akhirnya akan mengganggu penglihatan anda.

Apa tanda-tandanya?

Antara tanda-tanda anda mungkin mempunyai katarak mata adalah:

  • Anda selalu nampak bulatan cahaya terbentuk di sekitar lampu

  • Kanta cermin atau preskripsi kanta sentuh kerap berubah untuk melihat dengan lebih baik

  • Anda semakin susah melihat persekitaran pada waktu malam

  • Kepekaan kepada cahaya dan silau

  • Warna-warna di persekitaran berasa pudar atau menguning

  • Kabur penglihatan

  • Penglihatan berganda pada satu mata

  • Anda perlukan cahaya yang semakin cerah hanya untuk membaca dan membuat aktiviti lain

Image 37.jpg

Perbezaan mata normal (kiri) vs mata berkatarak (kanan)

Image 39.jpg

Perbezaan penglihatan mata normal (kiri) vs penglihatan mata berkatarak (kanan)

Apa puncanya?

Antara punca-punca katarak mata adalah:

  • Pendedahan mata secara berlebihan kepada cahaya matahari

  • Pernah mengalami kecederaan mata

  • Peningkatan umur

  • Pernah menjalani pembedahan mata sebelum ini

  • Pernah mengalami keradangan mata

  • Penggunaan ubat kortikosteroid yang berpanjangan

  • Diabetes

  • Minum alkohol secara berlebihan

  • Tekanan darah tinggi

  • Obesiti

  • Merokok

Bagaimana mencegah & membendungnya?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah katarak mata adalah:

  • Sebaik-baiknya membuat pemeriksaan mata pada:​​

    • Usia 20 - 39 tahun: Membuat pemeriksaan mata setiap 2 hingga 3 tahun.

    • Usia 40 - 64 tahun: Membuat pemeriksaan mata setiap 2 tahun.

    • Usia 65 tahun ke atas: Membuat pemeriksaan mata setiap tahun.

​​Jikalau didapati terdapat masalah mata, kekerapan pemeriksaan selanjutnya akan berdasarkan nasihat doktor.

  • Berhenti menghisap rokok dengan sepenuhnya.

  • Kurangkan minum alkohol.

  • Makan makanan yang tinggi dengan antioksidan untuk kesihatan mata seperti:​

    • Sayur-sayuran

    • Buah-buahan

  • Mengurus masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, obesiti dan tekanan darah tinggi untuk mengurangkan risiko katarak mata.

  • Pakai cermin mata hitam semasa di luar untuk mengurangkan pendedahan mata kepada sinaran UV dari matahari yang boleh merosakkan mata.

Bagaimana ia dikesan?

Jikalau terdapat tanda-tanda katarak mata yang telah dinyatakan, bincangkan dengan doktor mengenai situasi khusus anda. Dengan nasihat doktor, anda boleh memutuskan sama ada kaedah pemeriksaan tersebut adalah tepat untuk anda.

Kaedah pengesanan katarak mata yang sering digunakan adalah:

  • Pemeriksaan 'slit lamp': Menggunakan alat yang menggabungkan mikroskop dengan sumber cahaya berintensiti tinggi untuk memeriksa keadaan mata anda.

 

  • Pemeriksaan retina: Menggunakan ubat titis pada mata untuk membuka pupil mata. Kemudiannya, memeriksa retina mata dengan menggunakan alat 'slit lamp' ataupun ophthalmoscope untuk mengesan tanda-tanda katarak.

  • Ujian ketajaman visual: Menggunakan carta mata yang mempunyai huruf-huruf berlainan saiz untuk menentukan seberapa baik anda boleh membacanya.

Bagaimana ia dirawat?

Bincangkan dengan doktor anda jenis rawatan yang terbaik untuk keadaan khusus anda.

Kaedah rawatan katarak mata adalah melalui:

  • Pembedahan katarak: Melibatkan pengalihan bahagian kanta mata anda yang mempunyai katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan. Kanta intraokular adalah sejenis kanta tiruan yang diletakkan pada tempat yang sama seperti kanta semula jadi anda. Ia akan kekal menjadi sebahagian dari mata anda.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  • Buat appointment dengan doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda katarak mata yang membimbangkan.

  • Setiap hospital mempunyai kaedah yang berbeza untuk saringan katarak mata.

  • Bincangkan pemeriksaan katarak mata dengan doktor anda. Bersama-sama pakar perubatan, anda boleh memutuskan apa yang terbaik untuk diri anda.

Malaysia telah dianugerahkan beberapa kali sebagai destinasi terbaik untuk mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti dengan harga terjangkau. Cari hospital di Malaysia yang sesuai dengan keadaan khusus anda di sini: Panduan Hospital

Bagaimana untuk bersiap sedia dengan appointment anda?

Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan seperti berikut:

 

  • Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?

  • Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit tersebut?

  • Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?

  • ​Pernahkah anda mengalami kecederaan mata atau menjalani pembedahan mata?

  • Pernahkah anda mengalami masalah mata seperti keradangan iris anda?

  • Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?

  • Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?

Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:

  • Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.

  • Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).

  • Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.

  • Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.

  • Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).

  • Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.

Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:

  • Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?

  • Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?

  • Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?

  • Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?

  • Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?

  • Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?

  • Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?

  • Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?

  • Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?

  • Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?

  • Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?

  • Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?

  • Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)

  • Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?

  • Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?

  • Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?

 

Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.

Updated: February 03, 2019

References:

  1. Porter, Robert S. The Merck Manual of Patient Symptoms: A Concise, Practical Guide to Etiology, Evaluation and Treatment. Wiley, 2008.

  2. Papadakis, Maxine A., McPhee, Stephen J., Rabow, Michael W. CURRENT Medical Diagnosis and Treatment. 58th ed. McGraw Hill Professional, 2018.

  3. Beirman, Robin., Engel, Roger. An A-Z of Symptoms and Signs. Palgrave Macmillan Australia, 2009.

  4. Griffith, Henry W. Complete Guide to Symptoms, Illness & Surgery. 3rd ed. Body Press/Perigree Books, 1995.

  5. National Health Service. 2019. Cataract Surgery. [https://www.nhs.uk/conditions/cataract-surgery/]. Accessed 29 January 2019.

Image 40.jpg

Kaedah pembedahan katarak menggunakan laser

Image 38.jpg

Pemeriksaan mata menggunakan ophthalmoscope

1.png

Sedang mencari rawatan berkualiti & biaya terjangkau?

Subscribe dengan kami untuk menjana perkiraan biaya rawatan di Kuala Lumpur

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
bottom of page