
PENYAKIT JANTUNG KORONARI

Saluran darah normal (kiri) vs saluran darah tersumbat dengan kolesterol (kanan)
PENYAKIT JANTUNG KORONARI (ISKEMIA MIOKARDIUM)
Apa itu penyakit jantung koronari?
-
Berlaku apabila kurang aliran darah ke jantung anda (jantung tidak menerima oksigen yang mencukupi).
-
Kurang aliran darah biasanya disebabkan oleh arteri jantung yang tersumbat sebahagiannya ataupun sepenuhnya.
-
Keadaan ini boleh melemahkan keupayaan jantung untuk mengepam dengan sempurna (irama jantung menjadi tidak normal).
-
Arteri koronari yang tersumbat secara mendadak akhirnya boleh mengakibatkan serangan jantung.

Kesakitan dada adalah tanda-tanda anda mempunyai penyakit jantung koronari
Apa tanda-tandanya?
Antara tanda-tanda anda mungkin mempunyai penyakit jantung koronari adalah:
-
Denyutan jantung menjadi cepat
-
Sesak nafas apabila anda bersenam
-
Kesakitan pada leher atau rahang
-
Kerap muntah
-
Selalu berpeluh
-
Selalu keletihan
-
Kesakitan dada (selalunya pada sebelah kiri)
-
Kesakitan pada bahu atau lengan
-
Kerap pening
Apa puncanya?
Kadar penyumbatan arteri boleh berlaku dengan cepat ataupun secara perlahan-lahan. Antara punca-punca penyakit jantung koronari adalah:
-
Tahap kolesterol darah yang tinggi.
-
Diabetes (Jenis 1 dan jenis 2)
-
Tekanan darah tinggi: Mempercepatkan pengumpulan kolesterol dalam arteri.
-
Obesiti: Selalunya, obesiti menyumbang kepada diabetes, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol darah yang tinggi.
-
Merokok: Meningkatkan risiko pembekuan darah dalam arteri.

Makanan untuk kesihatan jantung

Perbezaan saluran darah tersumbat (kiri) vs saluran darah normal (kanan) yang dikesan melalui kaedah angiografi koronari

Pembedahan pintasan arteri koronari menggunakan saluran darah dari bahagian kaki
-
Pembedahan pintasan arteri koronari: Menggunakan saluran darah dari bahagian lain badan anda untuk membentuk pintasan yang membolehkan darah mengalir melepasi arteri koronari yang tersumbat.
-
Angioplasti dan stenting: Bahagian sempit arteri anda diluaskan dengan belon kecil dan gegelung dawai kecil untuk mengelakkan arteri tersumbat.
-
Enhanced external counterpulsation (EEC): Menggunakan sejenis alat yang telah dibalut pada kaki untuk memberi tekanan pada saluran darah bagi meningkatkan aliran darah ke jantung.
-
Ubat-ubatan khusus: Untuk meningkatkan aliran darah ke jantung (seperti nitrates, aspirin, ubat pengurangan kolesterol)
Bila anda perlu berjumpa doktor?
-
Buat appointment dengan doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit jantung koronari yang membimbangkan.
-
Setiap hospital mempunyai kaedah yang berbeza untuk saringan penyakit jantung koronari.
-
Bincangkan pemeriksaan penyakit jantung koronari dengan doktor anda. Bersama-sama pakar perubatan, anda boleh memutuskan apa yang terbaik untuk diri anda.
Malaysia telah dianugerahkan beberapa kali sebagai destinasi terbaik untuk mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti dengan harga terjangkau. Cari hospital di Malaysia yang sesuai dengan keadaan khusus anda di sini: Panduan Hospital
Bagaimana untuk bersiap sedia dengan appointment anda?
Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan seperti berikut:
-
Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?
-
Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit pada badan anda?
-
Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?
-
Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit tersebut?
-
Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?
-
Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?
Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:
-
Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.
-
Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).
-
Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.
-
Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.
-
Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).
-
Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.
Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:
-
Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?
-
Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?
-
Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?
-
Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?
-
Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?
-
Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?
-
Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?
-
Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?
-
Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?
-
Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?
-
Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?
-
Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?
-
Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)
-
Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?
-
Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?
-
Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?
Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.
Updated: March 4, 2019
References:
-
Papadakis, Maxine A., McPhee, Stephen J., Rabow, Michael W. CURRENT Medical Diagnosis and Treatment. 58th ed. McGraw Hill Professional, 2018.
-
Beirman, Robin., Engel, Roger. An A-Z of Symptoms and Signs. Palgrave Macmillan Australia, 2009.
-
Porter, Robert S. The Merck Manual of Patient Symptoms: A Concise, Practical Guide to Etiology, Evaluation and Treatment. Wiley, 2008.
-
Griffith, Henry W. Complete Guide to Symptoms, Illness & Surgery. 3rd ed. Body Press/Perigree Books, 1995.
-
Centers for Disease Control and Prevention. 2019. Heart Disease. [https://www.cdc.gov/heartdisease/]. Accessed 24 February 2019.
-
National Health Service. 2019. Coronary Heart Disease. [https://www.nhs.uk/conditions/coronary-heart-disease/]. Accessed 27 February 2019.
Bagaimana mencegah & membendungnya?
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit jantung koronari adalah:
-
Jikalau dewasa berumur 20 tahun ke atas: Harus memeriksa tahap kolesterol dengan doktor sekurang-kurangnya sekali setiap 5 tahun. Pemeriksaan perlu dibuat dengan lebih kerap berdasarkan nasihat doktor sekiranya didapati tahap kolesterol tinggi,
-
Membuat pemeriksaan tekanan darah dengan doktor setiap tahun adalah yang paling ideal apabila anda meningkat dewasa.
-
Kerap bersenam untuk mengurangkan berat badan dan megekalkan kesihatan tubuh badan.
-
Makan makanan yang menjamin kesihatan jantung seperti:
-
Ikan
-
Daging dan ayam tanpa lemak
-
Sayur-sayuran
-
Buah-buahan (terutamanya oren, betik, beri dan avokado)
-
Produk tenusu rendah lemak
-
Kekacang (terutamanya badam dan walnut)
-
Bijirin (terutamanya oat)
-
-
Mengurangkan ataupun berhenti menghisap rokok dengan sepenuhnya.
Bagaimana ia dikesan?
Jikalau terdapat tanda-tanda penyakit jantung koronari yang telah dinyatakan, bincangkan dengan doktor mengenai situasi khusus anda. Dengan nasihat doktor, anda boleh memutuskan sama ada kaedah pemeriksaan tersebut adalah tepat untuk anda.
Antara pemeriksaan penyakit jantung koronari yang sering digunakan adalah:
-
Imbasan CT jantung: Menentukan kewujudan penebalan kolesterol dalam arteri yang akan menyebabkan aliran darah tersumbat.
-
Ujian tekanan: Tekanan darah, irama jantung dan pernafasan anda dipantau semasa ujian melibatkan senaman ini yang dapat mengesan masalah jantung.
-
Echocardiogram: Menggunakan gelombang bunyi pada jantung untuk mengesan sebarang keadaan yang tidak normal.
-
Electrocardiogram (ECG): Aktiviti elektrik jantung anda dikesan untuk sebarang keadaan yang tidak normal.
-
Angiografi koronari: Menggunakan X-ray dan sejenis pewarna untuk melihat keadaan di bahagian dalam saluran darah anda.
-
Imbasan nuklear: Bahan radioaktif dengan jumlah yang sedikit digunakan untuk mengesan masalah aliran darah.
Bagaimana ia dirawat?
Bincangkan dengan doktor anda jenis rawatan yang terbaik untuk keadaan khusus anda.
Antara kaedah-kaedah rawatan penyakit jantung koronari adalah:

Sedang mencari rawatan berkualiti & biaya terjangkau?
Subscribe dengan kami untuk menjana perkiraan biaya rawatan di Kuala Lumpur
Share on:
Tel: +60 12 6810227
Email: support@rantaumeditrip.com
19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip