
TUBERKULOSIS
TUBERKULOSIS (TB)
Apa itu tuberkulosis?
-
Tuberkulosis (TB) ataupun batuk kering adalah penyakit yang memberi kesan serius kepada paru-paru anda dan berpotensi tinggi untuk berjangkit.
-
Bakteria yang menyebabkan TB tersebar melalui titisan kecil yang dilepaskan ke udara semasa batuk ataupun bersin.
-
Terdapat dua jenis penyakit TB iaitu:
-
TB aktif: Bakteria TB ini akan membuat anda sakit dan mudah berjangkit kepada orang lain. TB jenis ini perlu dirawat serta-merta.
-
TB terpendam: Bakteria TB kekal dalam badan anda dalam keadaan tidak aktif dan badan anda tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit. TB jenis ini tidak berjangkit tetapi bakteria tersebut boleh menjadi aktif pada masa hadapan. Maka, TB jenis ini juga perlu dirawat.
-
Apa tanda-tandanya?
Antara tanda-tanda anda mungkin mempunyai tuberkulosis (TB) adalah:
-
Dada terasa sakit semasa batuk atau bernafas
-
Berat badan turun secara tiba-tiba
-
Selalu demam
-
Badan selalu keletihan
-
Batuk dalam jangka masa lama (selama tiga minggu ataupun lebih)
-
Batuk berdarah
-
Badan menggigil
-
Hilang selera makan
-
Sering berpeluh pada waktu malam

Bakteria dilepaskan ke udara semasa batuk atau bersin

Batuk berdarah adalah tanda penyakit TB
Apa puncanya?
Antara punca-punca tuberkulosis (TB) adalah:
-
Mempunyai sistem imun yang lemah: Ini akan meningkatkan risiko jangkitan TB. Sistem imun boleh menjadi lemah akibat:
-
Menghidap penyakit seperti kanser, AIDS/HIV, diabetes, penyakit buah pinggang.
-
Ubat-ubatan tertentu seperti ubat psoriasis, arthritis dan penyakit Crohn.
-
Umur yang terlalu muda ataupun terlalu tua (bayi dan warga tua).
-
Menjalani rawatan kemoterapi.
-
Badan tidak cukup makan.
-
Menghisap rokok.
-
Meminum alkohol secara berlebihan.
-
-
Situasi masyarakat persekitaran anda di mana terkena jangkitan TB sudah menjadi perkara biasa: Ini dapat meningkatkan risiko anda terkena jangkitan TB.
Bagaimana mencegah & membendungnya?
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah tuberkulosis (TB) adalah:
-
Memberi suntikan vaksin bacillus Calmette-Guerin (BCG) kepada bayi kerana ia boleh mencegah jangkitan TB pada kanak-kanak.
-
Kurangkan minum alkohol secara berlebihan.
-
Berhenti menghisap rokok.
-
Jikalau sudah terkena jangkitan TB, cara-cara membendungnya adalah:
-
Habiskan keseluruhan ubat yang diberi kepada anda dalam jangka masa yang ditetapkan oleh doktor. Jangan bagi peluang bakteria TB dalam badan menjadi lagi kuat menahan kesan ubat-ubatan tersebut.
-
Duduk dalam rumah sampai pulih sepenuhnya dari jangkitan TB.
-
Pakai pelindung mulut dan hidung sepanjang masa.
-
Pastikan anda berjaga-jaga tidak batuk atau bersin di depan orang lain. Tutup mulut dengan kain atau tisu semasa batuk atau bersin.
-
Bagaimana ia dikesan?
Jikalau terdapat tanda-tanda tuberkulosis (TB) yang telah dinyatakan, bincangkan dengan doktor mengenai situasi khusus anda. Dengan nasihat doktor, anda boleh memutuskan sama ada kaedah pemeriksaan tersebut adalah tepat untuk anda.
Kaedah pengesanan tuberkulosis (TB) yang sering digunakan adalah:
-
Ujian darah: Sampel darah anda akan diambil dan dianalisis untk mengesan sebarang jangkitan TB.
-
Ujian 'sputum': Mengambil sampel kahak anda (lendiran yang muncul ketika anda batuk) untuk mengesan sebarang bakteria TB.
-
Ujian kulit: Menyuntik sejenis bahan yang dipanggil 'PPD tuberculin' di bawah kulit lengan anda. Kemudiannya, doktor akan memeriksa lengan anda jikalau ada sebarang bengkak di tempat suntikan tersebut. Bengkak merah yang keras bermakna anda mungkin mempunyai jangkitan TB.
-
Ujian pengimejan bertujuan menghasilkan imej paru-paru anda untuk mengesan segala keadaan yang tidak normal menggunakan :-
-
CT scan
-
X-ray
-
Bagaimana ia dirawat?
Bincangkan dengan doktor anda jenis rawatan yang terbaik untuk keadaan khusus anda.
Kaedah rawatan jangkitan tuberkulosis (TB) adalah melalui:
-
Ubat-ubatan khusus untuk mematikan bakteria TB: Adalah penting untuk anda habiskan ubat-ubatan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan oleh doktor. Beritahu doktor anda jikalau terdapat apa-apa kesan sampingan dari ubat-ubatan tersebut seperti:
-
Demam secara berterusan selama tiga hari atau lebih
-
Selalu muntah
-
Air kencing menjadi gelap
-
Hilang selera makan
-
Warna kulit anda menjadi kekuningan (penyakit kuning)
-
Bila anda perlu berjumpa doktor?
-
Buat appointment dengan doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda jangkitan tuberkulosis yang membimbangkan.
-
Setiap hospital mempunyai kaedah yang berbeza untuk saringan jangkitan tuberkulosis.
-
Bincangkan pemeriksaan jangkitan tuberkulosis dengan doktor anda. Bersama-sama pakar perubatan, anda boleh memutuskan apa yang terbaik untuk diri anda.
Malaysia telah dianugerahkan beberapa kali sebagai destinasi terbaik untuk mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti dengan harga terjangkau. Cari hospital di Malaysia yang sesuai dengan keadaan khusus anda di sini: Panduan Hospital
Bagaimana untuk bersiap sedia dengan appointment anda?
Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan seperti berikut:
-
Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?
-
Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit pada badan anda?
-
Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?
-
Siapakah rakan/keluarga/teman sekerja yang anda tahu sedang menghidap TB aktif?
-
Adakah anda diberi vaksin BCG semasa masih bayi untuk melindungi daripada penyakit tuberkulosis?
-
Adakah anda mempunyai HIV atau AIDS?
-
Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?
-
Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?
Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:
-
Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.
-
Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).
-
Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.
-
Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.
-
Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).
-
Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.
Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:
-
Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?
-
Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?
-
Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?
-
Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?
-
Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?
-
Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?
-
Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?
-
Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?
-
Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?
-
Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?
-
Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?
-
Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?
-
Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)
-
Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?
-
Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?
-
Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?
Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.
Updated: January 30, 2019
References:
-
Papadakis, Maxine A., McPhee, Stephen J., Rabow, Michael W. CURRENT Medical Diagnosis and Treatment. 58th ed. McGraw Hill Professional, 2018.
-
Porter, Robert S. The Merck Manual of Patient Symptoms: A Concise, Practical Guide to Etiology, Evaluation and Treatment. Wiley, 2008.
-
Beirman, Robin., Engel, Roger. An A-Z of Symptoms and Signs. Palgrave Macmillan Australia, 2009.
-
Griffith, Henry W. Complete Guide to Symptoms, Illness & Surgery. 3rd ed. Body Press/Perigree Books, 1995.
-
National Health Service. 2019. Tuberculosis. [https://www.nhs.uk/conditions/tuberculosis-tb/]. Accessed 09 January 2019.
-
Centers for Disease Control and Prevention. 2019. Tuberculosis. [https://www.cdc.gov/tb/]. Accessed 13 January 2019.

Penyakit TB boleh dikesan melalui X-ray di dada

Ubat-ubatan khusus digunakan untuk merawat TB

Sedang mencari rawatan berkualiti & biaya terjangkau?
Subscribe dengan kami untuk menjana perkiraan biaya rawatan di Kuala Lumpur
Share on:
Tel: +60 12 6810227
Email: support@rantaumeditrip.com
19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip