
UNIVERSITY MALAYA SPECIALIST CENTRE
Deskripsi Umum
-
Ditubuhkan pada tahun 1998 dan merupakan hospital perundingan khusus di mana pakar-pakar perubatan bekerja di pusat yang mempunyai kakitangan dan kemudahan untuk penyiasatan dan rawatan khas.
-
UMSC adalah sebahagian daripada pusat penjagaan kesihatan serantau bersepadu dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya, Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian di Universiti Malaya.
-
Menggunakan model "amalan fakulti" di mana ahli akademik senior, profesor fakulti dan pemimpin klinikal institusi bekerjasama merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan klinikal moden.
-
Pusat kecemerlangan dalam:
-
Terapi Pengimbasan Berpandu dan Minima Invasif (CIGMIT)
-
Radiosurgeri dan Radioterapi
-
Scoliosis
-
Sumber Kanser Payudara
-
-
Anugerah dan akreditasi antarabangsa yang diperolehi ditunjukkan dalam dropdown di bawah:


Ruang operasi hibrid

Mesin radiosurgeri Novalis TX
Kemudahan dan Perkhidmatan yang Unik
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang unik di University Malaya Specialist Centre:
-
Menggunakan mesin radiosurgeri Novalis TX yang mengeluarkan pancaran radiasi bertenaga tinggi untuk mematikan sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel yang normal melalui:
-
Rawatan bukan invasif (tanpa pembedahan terbuka) yang mensasarkan tumor kecil sahaja
-
Rawatan kemoterapi
-
Rawatan melalui pembedahan terbuka
-
-
Penggunaan ruang operasi hibrid untuk pembedahan otak, kepala, leher dan tulang belakang. Ruangan tersebut dilengkapi dengan pengimbas perubatan canggih seperti Siemens Magnetom Aera 1.5T MRI dan Siemens Somatom AS+ 128-slice CT. Peralatan canggih ini membolehkan pembedahan minima-invasif yang bertujuan untuk mengurangkan trauma pesakit dan meminimumkan pembedahan terbuka pada pesakit dengan melakukan prosedur pembedahan melalui satu atau beberapa potongan kecil sahaja.
-
Mempunyai pasukan perkhidmatan perubatan komprehensif yang menawarkan pengurusan skoliosis terbaik untuk membantu pesakit mencapai tahap kesembuhan yang paling mampu dan pada masa yang sama meminimumkan sebarang kesan sampingan semasa proses rawatan.
-
Menggunakan teknologi Zeiss INTRABEAM untuk Terapi Radiasi Intraoperatif (IORT). IORT adalah prosedur untuk merawat kanser payudara semasa pembedahan dengan menumpukan dos radiasi ke tumor, mengurangkan masa dan meningkatkan hasil yang lebih positif.
Hubungi kami jika anda memerlukan perkiraan biaya yang tepat dengan kondisi anda dari hospital-hospital di Malaysia.
Untuk biaya medical check-up pula, sila pilih paket medical check-up di bawah dan tekan butang 'GO' untuk menjana butiran:
Biaya Paket (RM):
Butiran Paket
Package Details
Biaya Medical Check-Up
Bagaimanakah caranya untuk mencari doktor pakar yang sesuai dengan keadaan anda? Anda boleh rujuk panduan kami di sini untuk mengetahuinya dengan lanjut: 6 Tips Mencari Doktor Pakar Yang Tepat
Sebagai wakil rasmi rumah-rumah sakit di Malaysia, semua layanan Kami 100% bebas biaya:
-
Menyarankan pilihan hospital/doktor pakar yang sesuai untuk keadaan Anda sebelum keberangkatan
-
Memberikan perkiraan biaya rawatan sebelum keberangkatan
-
Memberikan perkiraan jangka waktu rawatan sebelum keberangkatan
-
Membuat appointment dengan doktor
Kantor Kami di Kuala Lumpur dan dapat di kontak secara langsung untuk apa saja informasi sepanjang perjalanan pengobatan Anda di Malaysia.
Hubungi Kami dan ajukan sebarang pertanyaan Anda.
AJUKAN PERTANYAAN
SILAKAN ISI SEMUA BAHAGIAN DENGAN BENAR. INFORMASI YANG ANDA BERIKAN AKAN DISIMPAN SECARA AMAN DALAM DATABASE KAMI.

Tel: +60 12 6810227
Email: support@rantaumeditrip.com
19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip