top of page

PANDUAN 34 JENIS DOKTOR PAKAR & PERANANNYA

Image 68.jpg

By Marini Lee  |  Updated: February 19, 2019

Bilangan pakar perubatan di Malaysia semakin meningkat tahun demi tahun berikutan galakan oleh kerajaan untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang. Senarai di bawah menunjukkan jenis-jenis doktor pakar dari A hingga Z untuk panduan anda:

1. Allergist

Allergist adalah seorang pakar perubatan khusus dalam pengenalpastian dan rawatan asma, penyakit imunodefisiensi yang diwarisi, penyakit autoimun, alergi akibat haiwan, makanan atau ubat-ubatan dan penyakit lain yang berkaitan. Di samping itu, allergist juga dilatih untuk menentukan faktor-faktor yang menimbulkan penyakit tersebut.

2. Anaesthesiologist

Ahli-ahli anaesthesiologists memainkan peranan penting dalam pengurusan kesakitan. Anaesthesiologists adalah pakar perubatan yang dilatih dalam anestesiologi ataupun cara-cara pengendalian anestesia kepada pesakit semasa pembedahan. Anestesia akan diberikan kepada pesakit sama ada untuk melegakan kesakitan atau menidurkannya sebelum pembedahan.

3. Andrologist

Andrologist adalah pakar sakit yang ada khusus pada lelaki. Mereka pakar dalam merawat masalah urologi, seksual dan reproduktif yang unik pada lelaki.

4. Cardiologist

Cardiologists adalah pakar perubatan dalam pengenalpastian dan perawatan penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular (iaitu merangkumi jantung dan saluran darah). Mereka juga mendidik pesakit mereka tentang punca-punca penyakit jantung dan menentukan rawatan yang terbaik untuk keadaan mereka.

5. Cardiologist (pediatric)

Pediatric cardiologist  adalah seorang doktor khusus dalam perawatan dan pengenalpastian komplikasi jantung pada kanak-kanak.

6. Cardiologist (interventional)

Interventional cardiologist adalah doktor pakar dalam pengenalpastian dan perawatan catheterization jantung, angioplasti dan rawatan stenting.

7. Cardiac electrophysiologist

Cardiac electrophysiologist adalah pakar kardiologi yang khusus dalam pemahaman sistem elektrik jantung dan perawatan masalah degupan jantung seperti fibrilasi atrium.

8. Dermatologist

Dermatologist adalah doktor pakar dalam pengenalpastian dan perawatan masalah kulit, rambut dan kuku.

9. Endocrinologist

Endocrinologist adalah doktor pakar dalam pengajian penyakit yang mempengaruhi sistem endokrin (iaitu sistem yang bertanggungjawab dalam pengeluaran dan pengawalan tahap hormon badan).

10. Gastroenterologist

Gastroenterologist memberi tumpuan kepada pengenalpastian dan perawatan penyakit saluran pencernaan (iaitu perut, usus kecil, usus besar, pankreas dan hati).

11. Geriatrician

Geriatrician adalah seorang doktor pakar dalam perawatan penyakit yang melibatkan orang tua seperti dementia, delirium, penyakit Alzheimer dan kecederaan akibat jatuh.

12. Hematologist

Hematologist adalah doktor pakar dalam pengenalpastian dan perawatan penyakit berkaitan dengan darah seperti hemofilia, leukemia, limfoma dan anemia sel sabit (sickle-cell anemia).

13. Hepatologist

Hepatologist adalah doktor khusus dalam pencegahan, pengenalpastian dan perawatan penyakit yang mempengaruhi hati, pundi hempedu, biliary tree dan pankreas.

14. Immunologist

Immunologist adalah seorang pakar perubatan dalam penyiasatan dan perawatan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem imun badan.

15. Neonatologist

Neonatologist adalah doktor pakar khusus dalam perawatan bayi yang baru lahir terutamanya bayi yang mempunyai kesakitan kritikal.

16. Nephrologist

Nephrologist adalah doktor pakar perubatan terlatih dalam pengenalpastian dan rawatan penyakit yang melibatkan sistem buah pinggang dan sistem kencing seperti keradangan ginjal, dialisis, penyakit ginjal kronik ataupun kanser.

17. Nephrologist (pediatric)

Pediatric nephrologist adalah doktor pakar dalam pengenalpastian dan rawatan penyakit yang melibatkan sistem buah pinggang dan sistem kencing pada kanak-kanak.

18. Neurologist

Neurologist adalah doktor pakar dalam penyiasatan dan rawatan penyakit yang mempengaruhi sistem saraf (otak, saraf tunjang dan neuron). Orang yang menghadapi masalah dengan deria mereka juga boleh berunding dengan neurologist.

19. Obstetrician & Gynecologist (O & G)

Obstetrician & gynecologist adalah pakar sakit wanita khusus dalam membantu kelahiran bayi dan perawatan yang melibatkan sistem pembiakan wanita.

20. Oncologist

Oncologist adalah doktor pakar dalam penyiasatan, pencegahan dan rawatan kanser.

21. Oncologist (gynecologic)

Gynecologic oncologist adalah doktor pakar dalam penyiasatan, pencegahan dan rawatan kanser pada organ pembiakan wanita seperti ovari, rahim, dsb.

22. Oncologist (pediatric)

Pediatric oncologist adalah doktor pakar dalam penyiasatan, pencegahan dan rawatan kanser yang melibatkan kanak-kanak.

23. Ophthalmologist

Ophthalmologist adalah doktor pakar yang melakukan pembedahan di mata. Ophthalmologists selalunya mengenalpasti pelbagai penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, glaucoma, macular degeneration, diabetic retinopathy, kekeringan mata, strabismus, proptosis, uveitis, tumor pada mata, pembedahan refraktif laser dan banyak lagi.

24. Orthopedist

Pakar bedah ortopedik (orthopedist) adalah doktor pakar yang dilatih khas untuk mengenalpasti dan merawat pesakit yang mempunyai penyakit dan kecederaan sistem muskuloskeletal (termasuk otot, tulang, ligamen, tendon dan saraf).

25. Otolaryngologist (atau ENT Specialist)

Otolaryngologist adalah doktor yang pakar dalam menguruskan dan merawat pesakit yang mempunyai masalah pada telinga, hidung dan tekak. Di samping itu, mereka juga pakar dalam pengenalpastian penyakit di kawasan kepala dan leher.

26. Pathologist

Pathologist adalah seorang doktor perubatan terlatih yang selalunya melakukan autopsi dalam pemeriksaan tisu (seperti tahi lalat) dan sampel darah untuk mengenalpasti penyakit dan menghasilkan laporan patologi.

27. Perinatologist

Perinatologist mengambil perhatian khusus kepada wanita hamil yang mempunyai keadaan kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau thrombophilia. Mereka akan membantu wanita dalam komplikasi berkaitan kehamilan seperti kelahiran pramatang, kehamilan kembar / triplet, pra-eklampsia dan sebagainya.

28. Pediatrician

Pediatrician terlibat dalam pengurusan kesihatan fizikal, emosi dan mental pesakit-pesakit muda. Pediatrik memberi tumpuan kepada bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang muda (sehingga 21 tahun).

29. Physiatrist

Physiatrist adalah doktor pakar yang membantu badan pesakit supaya berfungsi semula secara normal selepas trauma seperti strok atau pembedahan.

30. Plastic surgeon

Plastic surgeon atau pakar bedah plastik adalah doktor khusus dalam pembedahan yang meningkatkan rupa paras seseorang seperti pembedahan kecacatan kelahiran (sumbing), pembedahan berikutan kecederaan dan pembedahan selepas penyingkiran kanser (pembedahan implan payudara selepas pembuangan payudara akibat kanser).

31. Pulmonologist

Pulmonologist adalah doktor pakar dalam pengenalpastian dan perawatan penyakit yang melibatkan paru-paru dan saluran pernafasan seperti asma, tuberkulosis dan lain-lain.

32. Radiologist

Radiologist adalah pakar perubatan profesional yang dilatih untuk mengenalpasti dan merawat pesakit melalui penafsiran hasil ujian daripada teknik pengimejan seperti X-ray, pengimejan resonans magnetik (MRI), imbasan tomografi (CT), dan tomografi pelepasan positron (PET).

33. Rheumatologist

Rheumatologist adalah doktor pakar dalam pengenalpastian dan perawatan penyakit reumatik seperti sakit belakang, bursitis / tendinitis, capsulitis, sakit leher, osteoartritis, rheumatoid arthritis dan juga penyakit-penyakit gangguan daya tahan tubuh (contohnya penyakit tisu dan penyakit autoimun).

34. Urologist

Urologist adalah doktor yang khusus dalam pengenalpastian dan perawatan sebarang masalah pada saluran kencing lelaki dan wanita. Di samping itu, pakar urologi juga berpengetahuan dalam merawat pesakit kanser prostat dan penyakit lain yang menjejaskan kesihatan seksual dan kesuburan.

Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui:

6 Negara Terbaik Dunia Untuk Perubatan

Tips Berguna Untuk Persiapan Appointment Doktor

6 Tips Mencari Doktor Pakar Yang Tepat

6 Tips Untuk Merundingkan Biaya Perubatan Anda

1.png

Sedang mencari rawatan berkualiti & biaya terjangkau?

Subscribe dengan kami untuk menjana perkiraan biaya rawatan di Kuala Lumpur

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
bottom of page