top of page

TIPS-TIPS BERGUNA UNTUK PERSIAPAN APPOINTMENT DOKTOR ANDA

Image 66.jpg

By Aubrey Tan  |  Updated: January 07, 2019

Dalam sistem perkhidmatan kesihatan yang dikendalikan pada hari ini, masa yang diberikan kepada anda untuk berjumpa dengan doktor selalunya teramatlah singkat. Itulah sebabnya persiapan untuk appointment adalah cara terbaik untuk membantu doktor anda melayan anda dengan lebih cekap. Persiapan yang baik juga akan membantu mengurangkan apa-apa kebimbangan yang mungkin anda rasa terhadap proses pemeriksaan.

Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan umum seperti berikut:

 

  • Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?

  • Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit pada badan anda?

  • Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?

  • Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit tersebut?

  • Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?

  • Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?

 

Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:

  • Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.

  • Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).

  • Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.

  • Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.

  • Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).

  • Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.

Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:

  • Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?

  • Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?

  • Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?

  • Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?

  • Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?

  • Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?

  • Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?

  • Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?

  • Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?

  • Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?

  • Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?

  • Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?

  • Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)

  • Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?

  • Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?

  • Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?

 

Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.

Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui:

6 Negara Terbaik Dunia Untuk Perubatan

6 Tips Mencari Doktor Pakar Yang Tepat

6 Tips Untuk Merundingkan Biaya Perubatan Anda

5 Manfaat Menggunakan Fasilitator Perubatan

1.png

Sedang mencari rawatan berkualiti & biaya terjangkau?

Subscribe dengan kami untuk menjana perkiraan biaya rawatan di Kuala Lumpur

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
bottom of page