top of page

6 Negara Terbaik di Dunia dalam Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan

By Aubrey Tan  |  Updated: February 23, 2019

Jennifer Stevens, seorang editor eksekutif International Living, menerangkan bahawa perkhidmatan perubatan adalah salah satu faktor paling penting yang perlu dipertimbangkan oleh ekspatriat sebelum berpindah ke luar negara. Jikalau seseorang berpindah ke lokasi yang tepat di luar negara, maka dia mungkin dapat menerima perkhidmatan perubatan kelas pertama dengan kos yang murah berbanding kos di negara asalnya.

 

Antara faktor yang dinilai oleh Indeks Persaraan Global Tahunan untuk mencari sistem perkhidmatan perubatan terbaik di kalangan negara adalah:

  • Kos rawatan

  • Kemudahan mendapat rawatan

  • Kualiti perkhidmatan perubatan

  • Perlindungan insurans 

  • Kos ubat-ubatan

6 negara yang mendapat penilaian terbaik untuk kategori Perkhidmatan Kesihatan Terbaik Dunia dalam Indeks Persaraan Global Tahunan bagi tahun 2019 adalah:

Image 58.jpg
Image 60.jpg

#5 Mexico (markah sama)

Mexico menawarkan kos hidup yang rendah dan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi. Mexico telahpun menjadi salah satu tempat kegemaran para ekspatriat untuk mencari tempat tinggal berhampiran AS dan Kanada.

Kebanyakan doktor perubatan dan doktor gigi di Mexico menerima sekurang-kurangnya sebahagian daripada latihan mereka di Amerika Syarikat. Sebilangan daripada mereka juga terus menerus pergi ke Amerika Syarikat atau Eropah untuk menerima latihan.

 

Baik bandar sederhana ataupun bandar besar di Mexico mempunyai sekurang-kurangnya satu hospital kelas pertama dengan kos rawatan dan ubatan preskripsi, yang secara amnya, berjumlah separuh daripada apa yang diperkenakan di Amerika Syarikat.

Di samping itu, kos insurans kesihatan di Mexico adalah murah berbanding di Amerika Syarikat. Menurut Don Murray, seorang wartawan IL Rivera Maya, Mexico juga menawarkan 2 pelan kesihatan nasional untuk penduduk. Program Seguro Popular adalah pelan yang paling disukai di kalangan ekspatriat di mana kos tahunan boleh menjadi sebanyak beberapa ratus dolar untuk perlindungan penuh.

Image 59.jpg

#5 Costa Rica (markah sama)

Costa Rica mempunyai beberapa perkhidmatan kesihatan terbaik di Amerika Selatan. Terdapat 2 sistem yang boleh diakses oleh ekspatriat iaitu:

  • Sistem kesihatan sejagat yang ditadbir oleh kerajaan iaitu 'Dana Keselamatan Sosial Costa Rica' yang juga dikenali sebagai Caja.

  • Sistem swasta.

Kedua-dua sistem kesihatan tersebut sentiasa dikemas kini dari segi pembinaan hospital baru, pembelian peralatan dan teknologi baru dan peningkatan latihan kakitangan.

Doktor-doktor terutamanya dalam sistem swasta dapat berbahasa Inggeris dengan baik dan telah menerima latihan di Eropah, Kanada, atau Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kos rawatan tetap rendah berbanding di kebanyakan tempat.

John Michael Arthur adalah seorang doktor dari Texas yang kini tinggal di Central Valley, Costa Rica. Beliau mempunyai banyak pujian terhadap sistem kesihatan di Costa Rica.

Beliau menyatakan bahawa sistem kesihatan awam dan sistem kesihatan swasta yang tersedia kepada penduduk dapat menyediakan pilihan terbaik apabila seseorang memerlukannya. Menurut beliau, perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi (dari segi perubatan, pembedahan dan pergigian) mudah dijumpai dan kosnya bagi sistem swasta pula kira-kira 1/3 daripada kos harga di Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, baru-baru ini beliau menghias gigi dengan bahan zirkonium yang kosnya hanya kira-kira US$ 275. Beliau juga menjalani echocardiogram hanya dengan US$ 145 yang disertai dengan analisis dan laporan lengkap.

Image 61.jpg

#4 Ecuador

Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan murah adalah salah satu faedah besar bagi penduduk asing yang tinggal di Ecuador. Kos  untuk perkhidmatan kesihatan walaupun di kawasan metropolitan hanyalah sebahagian kecil daripada bayaran yang dikenakan di Amerika Utara.

Anda dapat menemui hospital-hospital dan klinik-klinik swasta yang menggunakan teknologi terkini serta pakar perubatan dalam semua bidang di bandar-bandar besar. Bandar-bandar yang kecil juga mempunyai klinik swasta dan hospital-hospital moden. Jadi, sebagai ekspatriat, anda tidak perlu hidup di bandar-bandar besar untuk menikmati perkhidmatan perubatan yang berkualiti.  Doktor-doktor swasta yang berada di bandar-bandar kecil selalunya menyediakan perkhidmatan panggilan ke rumah jikalau anda terlalu sakit untuk keluar.

Jim Santos, seorang koresponden dari IL Salinas menyatakan bahawa Ecuador meluluskan undang-undang sejak bulan Februari 2016 supaya beberapa bentuk perkhidmatan kesihatan disediakan juga untuk penduduk baru. Undang-undang yang sama juga menghalang kesemua pemberi insurans swasta daripada menafikan perlindungan kepada seseorang semata-mata kerana faktor usia atau kesihatan yang sudah dialami sebelumnya. Ini secara tidak langsung membuka pasaran swasta. Walaupun begitu, ekspatriat masih boleh memilih mendaftarkan diri untuk pelan kesihatan yang dikendalikan oleh kerajaan. Ini meliputi kesemua perbelanjaan perubatan, pergigian, dan penjagaan mata (termasuk preskripsi, ujian, pemulihan, dll.) di hospital-hospital IESS dan klinik-klinik tanpa penolakan dari apa-apa simpanan/gaji (deductible) dan tanpa apa-apa penambahan kos yang perlu dibayar sendiri (co-pay).

Ekspatriat layak menggunakan pelan tersebut selepas membayarnya untuk tiga bulan pertama.

Donna Stiteler adalah seorang koresponden International Living yang tinggal di bandar ketiga terbesar di Ecuador dan pusat ekonomi di Sierra Selatan, Cuenca.

Suaminya bernama Rowland adalah seorang penulis yang telah mengalami kecederaan pada jari telunjuknya apabila dia cuba menggunakan gergaji.

Dia hanya perlu tunggu selama lima minit untuk ke bilik kecemasan di mana seorang pakar bedah menjahit jarinya dengan hanya US$ 60.

Walaupun dia dan suaminya layak menggunakan pelan kesihatan kerajaan yang mencakupi kedua-duanya di bawah US$ 100, namun dia selalu membayar sendiri segala rawatan yang dilakukan kerana kosnya teramat murah iaitu 20% dari kos rawatan di Amerika Syarikat. Anda boleh berjumpa pakar perubatan hanya untuk US$ 40 seorang.

Image 62.jpg

#3 Thailand

Thailand menduduki tempat ketiga dengan 92 mata. Menurut kata Michael Cullen, seorang koresponden IL Thailand, negara itu merupakan pemimpin dalam pelancongan perubatan di rantau Asia Tenggara. Semua hospital berkualiti tinggi iaitu berpiawaian antarabangsa, mempunyai doktor-doktor terlatih dan kebanyakkannya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris terutamanya di bandar-bandar utama di seluruh Thailand.

Perkhidmatan pergigian dan perkhidmatan kesihatan yang lain juga memiliki piawaian antarabangsa yang sama. Kos perkhidmatan kesihatan di Thailand rata-rata kurang dari separuh kos yang dikenakan di Amerika Syarikat. Di Thailand, ekspatriat tidak mempunyai akses kepada insurans kesihatan awam. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pilihan lain untuk mendapatkan insurans swasta dari pelbagai syarikat yang bagus baik dari dalam negara ataupun pada peringkat antarabangsa.

Sistem kesihatan swasta di Thailand terdiri daripada sebilangan besar hospital yang serba lengkap dan berteknologi tinggi. Anda boleh berjumpa pakar perubatan dalam masa yang singkat tanpa perlu menempah temujanji terlebih dahulu.

Image 63.jpg

#2 Perancis

Perancis berada di tempat kedua dengan jumlah mata 93 daripada 100. Perancis secara konsisten mendapat markah tinggi untuk kategori Perkhidmatan Kesihatan Terbaik Dunia dalam Indeks Persaraan Global Tahunan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana mempunyai kos insurans kesihatan yang rendah dan kualiti perkhidmatan yang sangat baik.

Menurut data WHO yang terkini untuk tahun 2018, warga Perancis mempunyai purata jangka hayat sehingga 85.7 tahun bagi wanita dan 80.1 tahun bagi lelaki. Ini memberikan Perancis kedudukan di tangga 55 dalam jangka hayat dunia manakala Amerika Syarikat berada pada kedudukan 34.

Stewart Richmond, seorang wartawan di selatan Perancis menyatakan ada sebabnya kenapa WHO menamakan Perancis sebagai pusat perkhidmatan kesihatan terbaik dunia. Menurut beliau, semua warganya mudah mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dan harganya amat berpatutan. Ubat-ubatan preskripsi disubsidi dengan banyak dan merupakan antara yang termurah di dunia. Semua perkhidmatan perubatan dan ubat-ubatan diberikan secara percuma bagi mereka yang mengalami penyakit jangka panjang seperti kanser atau sklerosis berbilang.

Image 64.jpg

#1 Malaysia

Malaysia mendapat skor 95 daripada 100 dan menduduki tempat pertama bagi kategori Perkhidmatan Kesihatan dalam Indeks Persaraan Global Tahunan Antarabangsa 2019. Perkhidmatan perubatan di negara Asia Tenggara ini adalah berkelas dunia dengan pelbagai infrastruktur moden dan canggih.

Terdapat 13 hospital yang diiktiraf oleh JCI di negara ini dan hampir kesemua doktor boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Kebanyakan doktor di Malaysia telah menerima latihan perubatan di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia. Dengan itu, berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tidak menjadi masalah. Malaysia juga adalah destinasi pelancongan yang popular.

Di sini, anda tidak memerlukan temujanji untuk berjumpa seseorang pakar perubatan. Anda juga tidak perlu ada rujukan dari seseorang doktor biasa untuk berjumpa pakar. Anda boleh terus mendaftarkan diri di hospital dan menunggu giliran untuk berjumpa pakar perubatan pilihan anda.

Harga preskripsi di Malaysia hanyalah sebahagian daripada harga di Amerika Syarikat. Kos dan juga kualiti perkhidmatan adalah sangat baik. Ahli farmasi juga terlatih dan berpengetahuan. Kebanyakan orang Malaysia peramah dan mereka selalunya menunjukkan kepedulian yang tinggi terhadap apa-apa masalah yang diluahkan.

Keith Hockton, seorang wartawan di Malaysia telah mengambil ujian kesihatan di hospital Lam Wah Eee pada waktu pagi. Beliau berpendapat perkhidmatan perubatan di Malaysia adalah cekap dan menjimat masa. Dalam masa hanya 1 jam setelah mendaftarkan diri di hospital, beliau sudahpun dalam perjalanan balik dan telah habis menjalani ujian kesihatan.

Jumlah kos ujian kesihatan tersebut hanya US$ 44. Pada tengah hari itu juga, doktor telahpun menelefonnya dengan keputusan ujian tersebut. Kecekapan perkhidmatan perubatan inilah yang menjadikan Malaysia sebagai pilihan yang menarik.

Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui:

6 Tips Mencari Doktor Pakar Yang Tepat

Tips Berguna Untuk Persiapan Appointment Doktor

Panduan 34 Jenis Doktor Pakar & Peranannya

6 Tips Untuk Merundingkan Biaya Perubatan Anda

 

 

References:

  1. https://internationalliving.com/countries-best-healthcare-world/

1.png

Sedang mencari rawatan berkualiti & biaya terjangkau?

Subscribe dengan kami untuk menjana perkiraan biaya rawatan di Kuala Lumpur

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
bottom of page