
5 MANFAAT MENGGUNAKAN FASILITATOR PERUBATAN

By Marini Lee | Updated: March 03, 2019
Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang dapat diperolehi dengan menggunakan perkhidmatan fasilitator perubatan yang dapat menjimatkan masa dan juga perbelanjaan dalam jangka masa panjang. Berikut adalah faedah yang anda dapat melalui perkhidmatan fasilitator perubatan:
1. Maklumat Umum
Fasilitator perubatan mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam proses pelancongan perubatan dan dapat menangani semua kebimbangan dan persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya bagi para pesakit.
2. Kebiasaan bekerja dengan Pusat Perubatan
Fasilitator-fasilitator perubatan sudah biasa dengan kemudahan dan hospital yang mereka bekerjasama. Mereka berpengetahuan tentang persijilan hospital, jenis kemudahan dan faktor lain yang penting dalam memilih pusat perubatan.
3. Pusat Maklumat Sehenti
Kemudahan untuk memilih dan mengakses maklumat mengenai pelbagai hospital, prosedur, dan perkhidmatan. Pengguna boleh datang ke laman web fasilitator perubatan dan meminta anggaran harga untuk prosedur tertentu dari beberapa hospital atau klinik yang berbeza, dan kemudian memilih hospital atau klinik yang lebih baik untuk memenuhi keperluan dan anggaran mereka.
4. Hubungan yang ditubuhkan dengan pembekal antarabangsa
Fasilitator perubatan telah mengetahui asas untuk memastikan hospital dan doktor anda yang dipilih mendapat akreditasi dan selamat untuk melaksanakan tugasannya. Senario kes terbaik ialah mereka telah melawat hospital pilihan anda dan sudah ada sistem untuk menjadikan proses perjalanan perubatan anda lancar.
5. Halangan bahasa dan kebudayaan biasanya tidak menjadi masalah
Menghubungi beberapa hospital antarabangsa selalunya mencabar kerana perbezaan zon waktu, halangan bahasa, dan perbezaan budaya. Seperti yang dinyatakan di atas, fasilitator perubatan sudah mempunyai ikatan yang betul dan proses perjalanan perubatan yang tersedia dengan hospital antarabangsa anda.
~ Marini Lee adalah seorang penulis, editor dan ahli strategi digital yang khusus dalam kandungan berkaitan kesihatan dan gaya hidup.
Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui:
6 Negara Terbaik di Dunia dalam Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan
6 Tips Untuk Mencari Doktor Pakar Yang Tepat
Tips Berguna Untuk Persiapan Appointment Doktor
Share on:
Tel: +60 12 6810227
Email: support@rantaumeditrip.com
19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip